fbpx

Sebab-sebab photoshoot kenakan cas yang mahal

Published by Sabrina on

1. KELENGKAPAN PERLATAN

Tidak semua studio photoshoot memiliki peralatan photoshoot yang lengkap. Bukan itu sahaja, peralatan yang digunakan untuk mengambil gambar amatlah berharga dan tidak semua studio photoshoot mampu untuk mempunyai kelengkapan photoshoot lebih-lebih pula pada perniaga studio photoshoot yang baru ingin beroperasi. Kerana itu lah sesebuah studio photoshoot menawarkan harga yang sedikit tinggi kerana mereka mempunyai kelengkapan peralatan yang lengkap seperti ring light, pelbagai jenis lens, pelbagai jenis kamera, lighting dan sebagainya.

2. JURUGAMBAR BERPENGALAMAN

Bukan semua jurugambar berpengalaman. Namun, sebagai seorang pelanggan, kita semestinya menginginkan jurugambar yang berpengalaman kerana jurugambar yang berpengalaman akan tahu bagaimana “angle” dan posisi untuk “pose”. Jurugambar yang berpengalaman juga akan bantu pelanggan dalam mencari idea yang kreatif dan memuaskan pelanggan. Jurugambar yang berpengalaman dipanggil sebagai “senior photographer” dan yang masih mempelajari bidang fotografi dipanggil “junior photographer”. Beza antara senior dan junior photographer ialah pengalaman, kecekapan dan kebolehan. Kebiasaanya, untuk senior photographer akan dikenakan cas yang lebih tinggi berbanding junior photographer.

3. MASA BEKERJA DAN TENAGA

Sebagai seorang jurugambar, mereka jugak ingin meluangkan masa untuk ahli keluarga mereka. Untuk mencari rezeki, kadang kala seorang jurugambar tiada masa untuk untuk meluangkan masa mereka kepada keluarga. Ini kerana jurugambar memerlukan masa yang banyak untuk menyempurnakan sesuatu majlis. Contohnya seperti 6 jam hingga 8 jam hanya untuk photoshoot outdoor sahaja. Belum termasuk malam berinai, resepsi dan akad nikah. Tenaga yang digunakan oleh jurugambar juga perlu dititikberatkan.

4. KOS BAHAN TAMBAHAN

Sesetengah pelanggan tidak faham dengan harga yang mereka perlu bayar untuk barang-barang “add on”. Pelanggan menginginkan album perkahwinan mereka yang cantik dan berkualiti tinggi. Akan tetapi, pelanggan tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab itu kepada jurugambar. Untuk bahan tambahan seperti hard disk, album yang tidak disediakan dengan pakej, frame dan sebagainya haruslah dibayar dengan harga yang berbeza kerana ia ialah barang “add on”.

5. PERKHIDMATAN SELEPAS RAKAMAN

Kerja seorang jurugambar tidak semudah yang kita bayangkan. Seorang jurugambar juga adalah seorang penyunting gambar dan video. Jurugambar yang akan menyunting gambar agak mencapai kepuasan maximum pelanggan. Jurugambar harus mencetak gambar dan memastikan gambar yang dicetak tidak pecah dan berada dalam keadaan yang berkuliti tinggi dan akhir sekali, jurugambar juga perlu untuk menyusun gambar-gambar di dalam album yang disediakan.

Categories: Blog

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp chat