fbpx

Photoshoot produk di white studio shah alam

Published by Sabrina on

001 DAS ABDUL White Studio Shah Alam - Kaio Studio-1

Di Kaio Studio, kami menawarkan anda perkhidmatan photoshoot produk. Kalau anda baru sahaja nak memulakan bisnes, anda boleh menggunakan perkhidmatan kami. Ini juga adalah salah satu strategi untuk anda mempromosikan produk anda di pasaran. Kebanyakkan orang akan lebih tertarik kepada produk yang mempunyai gambar yang cantik berbanding dengan gambar yang ditangkap menggunakan telepon. Oleh itu anda boleh datang ke studio kami untuk membuat photoshoot produk produk anda.

Anda mempunyai bisnes baju? Kasut? Tudung? Skin care? Tak kisah la produk jenis apa pun yang anda jual, kami boleh photoshoot produk tersebut. Sebutkan sahaja bagaimana cara yang anda mahukan, kami boleh buat untuk anda. Kami akan bantu anda untuk anda promosikan produk -produk anda.

Kami memahami anda yang baru nak memulakan perniagaan dengan modal yang kecil, oleh itu photoshoot produk di studio kami, kami menawarkan harga photoshoot produk yang lebih berbaloi dan berpatutan dengan gambar produk yang diambil. Jika anda tidak mempunyai modal yang besar untuk photoshoot produk anda, anda juga boleh memberitahu kami bajet anda dan kami akan beri anda gambar yang sesuai dengan bajet anda.

Selain daripada itu, kami juga mempunyai banyak pengalaman photoshoot pelbagai jenis produk. Alhamdulillah, ramai juga pelanggan yang puas hati dengan gambar yang mereka dapat dan Alhamdulillah,  mereka juga memberikan kami feedback yang baik.

Sebab sebab anda boleh pilih Kaio Studio untuk photoshoot produk anda adalah di studio kami, jurugambar kami adalah jurugambar yang professional dan mempunyai pengalaman dalam bidang photography. Jadi anda boleh sebutkan sahaja gambar seperti apa yang anda mahukan, pasti anda akan puas hati dengan perkhidmatan kami.

Studio kami menggunakan peralatan – peralatan studio yang berkualiti. Studio kami juga lengkap dengan peralatan – peralatan photoshoot seperti lighting dan sebagainya. Oleh itu gambar – gambar yang anda photoshoot dekat studio kami akan nampak cantik dan anda akan puas hati dengan gambar gambar kami.

Kami juga mempunyai ruang studio yang sangat selesa dan sejuk. Di studio kami juga ada ruang untuk berehat, solat dan juga tandas. Studio kami sangat lengkap untuk anda yang mahu photoshoot sehingga lewat malam. Walaupun memenatkan, tapi anda tetap akan rasa selesa di studio kami.

Selain itu juga, anda boleh dapat gambar produk anda dalam masa yang singkat. Tidak perlu tunggu lama kerana kami juga mempunyai editor yang berpengalaman. Dalam masa 7 hari sahaja anda dah boleh dapatkan gambar anda dan anda boleh meneruskan bisnes anda.

Andai kata anda tak puas hati dengan khidmat kami, anda boleh bagitahu kami dan kami photoshoot atau edit semula gambar gambar produk anda. Anda jangan risau sebab kami menawarkan servis yang baik untuk semua pelanggan kami.

Jadi anda tunggu apa lagi? Marilah datang ke studio photoshoot di Shah Alam dan menggunakan perkhidmatan kami untuk photoshoot produk anda. Kami juga ada pelbagai servis selain daripada photoshoot produk.

Categories: Blog

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp chat