fbpx

5 musim yang menjadi tumpuan ramai untuk studio penggambaran

Published by Sabrina on

Ramai orang ingin mengambil gambar untuk simpan untuk masa hadapan mereka dan menyimpan kenangan bersama yang tersayang. 5 musim ini yang akan banyak permintaan khidmat servis fotografi.

1. PERAYAAN

 

 

Tidak kira kita berbangsa melayu, cina, india atau lain-lain, tentu nya kita ingin mengambil gambar bersama ahli keluarga kita sebagai momen pengeratan silaturahim sesama keluarga. Bukan itu sahaja, setiap perayaan akan ada nya momen yang ingin dirakam. Ini kerana hanya musim perayaan sahaja dapat meluangkan bersama keluarga yang jauh. Dengan servis perkhidmatan fotografer yang sangat berpengalaman anda mampu mendapat gambar perayaan anda dengan kepuasan maximum.

  2. GRADUASI

Hari yang amat bahagia ialah hari yang dapat kita membahagiakan ibu bapa dan ahli keluarga kita sebagai seorang pelajar ialah hari graduasi. Bukan mudah untuk seorang pelajar ingin meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pelbagai liku-liku yang perlu dilalui sebelum mereka ingin menggenggam segulung sijil. Oleh kerana itu, kebanyakkan ibu bapa ingin merakam detik-detik bahagia mereka. Dengan cara merakam detik-detik manis itu, ia dapat menyimpan momen bahagia bersama ahli keluarga yang lain.

 

Bukan hanya gambar di hari graduasi sahaja, malah, ramai juga pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan fotografi untuk pra graduasi mereka. Untuk gambar pra graduasi atau graduasi, selalunya akan dilaksanakan di studio atau outdoor. Anda boleeh juga member lokasi pengambaran yang anda inginkan.

 

3. CUTI SEKOLAH

Selalunya, bakal pengantin akan memilih tarikh untuk hari perkahwinan mereka. Bakal pengantin yang inginkan semua ahli keluarganya berada pada majlis perkahwinan mereka, akan menunggu pada waktu cuti sekolah. Ini kerana ramai ahli keluarga yang mempunyai masa yang lapang untuk menghadiri majlis perkahwinan.

 

Jika anda ialah pasangan yang ingin melangsungkan hari perkahwinan pada cuti sekolah, anda mestilah membuat tempahan awal supaya tidak ada masalah “clashing time”. Sebagai bakal pengantin, kita tidak mahu perkara yang tidak diingini seperti tiada fotografer di hari perkahwinan berlaku.

 

4. SAMBUTAN HARI JADI

Sambutan hari jadi terutama nya kepada kanak-kanak yang menginginkan tema kartun yang ceria dan comel seperti superman, spiderman, Barbie, princess dan banyak lagi. Bukan mudah ingin mengambil gambar anak-anak semasa kecil. Anak-anak semakin membesar dan kenangan pula semakin pudar. Dengan itu, banyak gambar yang perlu disimpan sebagai momen di masa akan datang.

 

5. SAMBUTAN ULANG TAHUN

Sambutan ulang tahun perkahwinan yang romantik harus dirakam untuk tontonan di masa hadapan oleh anak-anak dan cucu-cucu kita. Kenangan manis perlu dirakam bukan sahaja hanya di ulang tahun perkahwinan yang pertama sahaja, tetapi walaupun sudah berkahwin selama berpuluh tahun, momen itu juga harus dirakam tanda kasih sayang terhadap suami dan isteri yang tidak terputus.

Categories: Blog

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp chat