fbpx

Faizal Hussein & Farali Khan Photoshoot Poster Filem Kalla : Hidup Atau Mati – White Studio Shah Alam

Published by whitestudioshahalam on

001 FILEM KALLA White Studio Shah Alam - Kaio Studio-1

Pelakon popular, Faizal Hussein mengakui bahawa filem terbaru lakonannya iaitu Kalla: Hidup Atau Mati merupakan naskhah yang paling mencabar buat dirinya sepanjang bergelar seorang pelakon.

Menurut pelakon yang sudah mencecah usia 51 tahun itu, pembabitannya dalam filem berkenaan menuntutnya untuk menjalani penggambaran pada setiap hari sepanjang tempoh hampir 50 hari penggambaran.

“Saya sudah terbabit dengan 44 buah filem dan Kalla bagi saya merupakan filem yang paling mencabar. Bayangkan, setiap hari ada sahaja babak yang membabitkan diri saya. Tak pernah saya berlakon dari hari pertama sehingga hari terakhir penggambaran.

“Biasanya kalau saya berlakon sebelum ini mesti ada hari-hari yang tidak membabitkan watak sendiri. Namun untuk filem ini, dalam tempoh 10 hari penggambaran dan hanya berehat sehari sebelum menjalani penggambaran semula,” ujarnya.

Pelakon tersebut ditemui KopiPlanet.com ketika majlis pelancaran filem berkenaan bersama barisan pelakon dalam sebuah majlis baru-baru ini.

Menurut Faizal, biarpun Kalla merupakan sebuah filem aksi ia langsung tidak mendatangkan masalah buat dirinya, meskipun dengan usianya yang sudah mencecah separuh abad.

 

“Berbeza dengan filem aksi yang pernah lakonkan sebelum ini, untuk filem Kalla saya membawakan watak seorang ahli sejarah bernama bernama Dr. Izhar yang selalu sahaja kena pukul.

“Memang dalam filem ini saya perlu berlawan dengan orang jahat, tetapi watak Dr. Izhar ini langsung tiada pengetahuan dalam seni mempertahankan diri,” jelasnya.

Selain Faizal Hussein, filem Kalla turut menampilkan barisan pelakon popular lain seperti Vanida Imran, Zaidi Omar, Haeryanto Hassan, Farali Khan dan Azhan Rani.

 

Categories: Blog

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp chat