fbpx

Aman Palestin, Berjuang Menjaga Kesucian Baitul Maqdis – White Studio Shah Alam

Published by whitestudioshahalam on

Pembentukan Negara Haram Israel pada 15 Mei, 1948 di bumi Palestin 70 tahun lalu telah mengundang malapetaka besar di mana dunia mulai menyaksikan kekejaman rejim Zionis memalui pertempuran demi pertempuran yang mengakibatkan beribu-ribu warganegaranya gugur syahid, jutaan pelarian yang meninggalkan tanahairnya sendiri berhadapan masalah pengangguran dan cacat anggota.

Kami di White Studio Shah Alam amat terkesan dengan kesengsaraan yang berlaku di Palestin. Tidak kurang juga anak-anak menjadi yatim kerana kehilangan ibubapa dan isteri menjadi janda kerana kehilangan suami yang terkorban mempertahankan Palestin dari terus dijajah dan dicabuli.

Penderitaan dan kesengsaraan berpanjangan yang ditanggung rakyat Palestin menjadi satu keinsafan bagi umat Islam menghulurkan bantuan.

  • Justeru itu, Aman Palestin sebagai Inisiatif Keamanan Palestin bergerak atas tiga landasan iaitu:
  • Kemanusiaan
  • Persaudaraan
  • Kesucian Baitul Maqdis

Aman Palestin memberi bantuan kecemasan, kebajikan dan kemanusiaan kepada rakyat Palestin secara berterusan sehingga selesai.

006 Aman Palestine White Studio Shah Alam - Kaio Studio-6

Sejarah Aman Palestin – White Studio Shah Alam

Dari pencarian team White Studio Shah Alam, Aman Palestin mula beroperasi pada akhir 2004 sebagai inisiatif untuk membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Aman Palestin sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai malah kesemua bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin.

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan.

006 Aman Palestine White Studio Shah Alam - Kaio Studio-8

Sejak Penubuhan Aman Palestin – White Studio Shah Alam

Semenjak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam bentuk projek-projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.

Kami di White Studio Shah Alam berharap agar keperihatinan yang berterusan oleh rakyat Malaysia dalam menyalurkan bantuan dapat memberikan sinar harapan dan membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.

Anda boleh hubungi kami sekarang untuk dapatkan servis fotografi dan videografi. Anda juga akan mendapat khidmat nasihat percuma dari team White Studio Shah Alam.

Categories: Blog

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp chat